STATISTIK

NOOR HASIDAH BINTI SAFIE
NO MATRIK : 206467


Barah Payudara di Malaysia
barah payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan barah paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
Barah payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
Barah payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)












sumber daripada www.radiologymalaysia.org .

Kadar Piawai Umur (ASR) daripada barah payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap barah payudara dalam hayat mereka.
Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.









Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit barah payudara di  Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada  2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.




Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.





Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami barah payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai barah payudara.

STATISTIK TAHUN 2006
Statistik oleh Pendaftar Kanser Nasional mencatatkan sebanyak 21,773 kes kanser di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006. Daripada jumlah itu, seramai 11,799 merupakan pesakit wanita manakala 9,974 lelaki dengan dominasi di kalangan kaum Cina berbanding Melayu dan India.

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki
Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003. Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih. Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

4 comments:

  1. Assalamualaikum
    Saya nk berkongsi air suling gaharu utk rawatan kanser. Utk lebih detail hubungi call / wsap 0163798677

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Saya nk berkongsi air suling gaharu utk rawatan kanser. Utk lebih detail hubungi call / wsap 0163798677

    ReplyDelete