DEFINISI / PENGENALAN

MUHAMMAD HASBULLAH BIN ISHAK
NO MATRIK : 206231


Barah payudara adalah penyakit berbahaya dan paling ditakuti wanita kerana ia bukan sekadar menyebabkan kecacatan tetapi mampu membawa maut . Jika tidak dirawat segera ia boleh merebak ke nodus limfa yang teletak di bawah ketiak dan seterusnya di bahagian bahagian lain seperti tulang , paru-paru otak dan lain lain .Pertumbuhan tumor mungkin membentuk di dalam kelenjar susu , saluran susu , tisu lemak ataupun tisu tisu penyambung . Kanser payudara berkaitan dengan berapa lama seseorang wanita itu terdedah kepada estrogen . Apabila sel-sel membahagi , berlalu sedikit kesilapan besar berlakulah "mutasi" dan inilah yang boleh menyebabkan kanser .

SEJARAH BARAH PAYUDARA

NAVENDRAN A/L K SARANGAPANI
NO MATRIK : 206361


Barah payudara telah diketahui oleh orang mesir lebih kurang 1600 SM dan merupakan kanser tertua yang diketahui . Papyrus Edwin Smith menggunakan kaedah 'fire drill' iaitu gerudi dan bakar sel-sel kanser . Jean Lois Petit (1674-1750) dan kemudian Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang tahu tentang kaitan antara kanser payudara dengan nodus limfa dan kaedah membuangnya . William Steward Halsted telah memperkenalkan kaedah mastektomi (1882) dan popular sehingga 1970-an .

FAKTOR PENYAKIT BARAH PAYUDARA

SITI NASIHAH BINTI ZAKARIA
NO MATRIK : 206474


Faktor risiko yang tinggi , pertama umur . Umur merupakan salah satu punca , pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi . 1 daripada 500 wanita dalam umur 30an mempunyai kebarangkalian mendapat kanser ini , anggaran umur 40-45 tahun mengalami peningkatan sebanyak 1 dalam 50 orang . Kedua , sejarah keluarga . Bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya . Ketiga , sejarah mengidap kanser . Pernah mengalami kanser payudara sebelum ini . keempat , pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif .
Faktor risiko sederhana , pertama pernah mendapat kanser ovari atau rahim . Kedua , alkohol . ketiga , sejarah haid . perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang tinggi . Wanita yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai dua kali ganda risiko mendapat penyakit ini . keempat , sejarah kelahiran . Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia lanjut . Kelima , estrogen . Pengambilan pil perancang keluarga .

Faktor lain , diet yang tinggi lemak mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara .

SIMPTOM PAYUDARA

MOHD LOKMANULHAKIM BIN HASAN
No Matrik :206195


Simptom , biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut 3 kumpulan .
Simptom tempatan , biasanya bonggol atau ketulan luar biasa (tumor) . Pendarahan hemorrhage sakit atau ulser . Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simptom seperti demam kuning . Kedua , simptom marebak . batuk , hati bengkak , sakit tulang , tulang berkenaan retak dan simptom neurologi walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit ia bukannya tanda pertama . Ketiga , simptom sistamik . Penurunan berat badan , kurus , peluh berlebihan (peluh malam) , anemia dan perubahan hormon yang disebabkan oleh barah .

STATISTIK

NOOR HASIDAH BINTI SAFIE
NO MATRIK : 206467


Barah Payudara di Malaysia
barah payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan barah paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
Barah payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
Barah payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)












sumber daripada www.radiologymalaysia.org .

Kadar Piawai Umur (ASR) daripada barah payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap barah payudara dalam hayat mereka.
Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.









Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit barah payudara di  Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada  2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.




Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.





Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami barah payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai barah payudara.

STATISTIK TAHUN 2006
Statistik oleh Pendaftar Kanser Nasional mencatatkan sebanyak 21,773 kes kanser di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006. Daripada jumlah itu, seramai 11,799 merupakan pesakit wanita manakala 9,974 lelaki dengan dominasi di kalangan kaum Cina berbanding Melayu dan India.

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki
Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003. Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih. Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

LANGKAH PENCEGAHAN

GOKULA KRISHNAN A/L ARUMUGAM
NO MATRIK : 206145


Barah payudara merupakan kanser yang kerap dihidapi oleh wanita di Malaysia . Satu daripada sembilan orang berisiko mendapat barah payudara . Barah payudara ini dapat dicegah dengan banyak cara antara pemeriksaan sendiri payudara ( PSP ) dan dilakukan secara secara berkala . PSP ini harus dilakukan oleh wanita yang berusia 20 tahun keatas pada setiap bulan dan mendapat pemeriksaan doktor . Langkah kedua ialah melalui pemeriksaan klinikal payudara selain membuat PSP pemeriksaan juga perlu dibuat oleh daktor atau jururawat sekurang kurang tiga tahun sekali melalui ujian mamografi atau x ray ke atas payudara juga dapat mencegah kanser payudara ini . Ujian ini tidak berkesan sehingga 100% ia hanya ujian saringan .

Bagi mencegah barah payudara , langkah lain antaranya mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak meminum minuman beralkohol wanita yang mengambil alkohol mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser . Selain itu , tabiat merokok juga merupakan punca jangkiti barah payudara bagi wanita merokok dari usia muda . Melalui senaman , amalan diet lemak rendah serta amalan peyusuan badan juga dapat mengurangkan risiko jangkitan barah payudara .

CARA RAWATAN TRADISIONAL

SITI NUR FARAHAIN BT SALIME
NO MATRIK : 206377


Perubatan tradisional tukiman fokus lebih kepada merawati pesakit kanser payudara berdasarkan testimoni . Beliau memperolehi penawar dan cara merawati kanser melalui ilham yang diberikan oleh Allah S.W.T . Perubatan ini halal dari sumber sumber semula jadi . Selain dari ramuan khas herba dan air buah limau sejati , pengamal mencadangkan supaya pesakit mengikut diet dan patang larang pemakanan . Kaedah ini menggunakan keberkesanan ramuan herba dan pemakanan seimbang hasil idea dan pengalaman serta ilham dari yang masa Esa .

CARA RAWATAN MODEN

TAN PIK YEE
NO MATRIK : 206158


Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan , dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi atau radioterapi . Bergantung kepada tahap dan jenis tumour hanya lumpektomi ( hanya pembuangan ketulan ) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan . Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi . Semasa pembedahan , nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang . Lebih baru baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit , risiko atau kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi . Terapi hormon melibatkan penggunaan dadah anti-estiogen untuk menyekat pertumbuhan sel sel kanser . Estiogen adalah hormon semulajadi yang ada pada setiap wanita . Hormon ini boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser . Dadah anti estiogen yang biasa digunakan ialah Tamoxifen . Telah dikenalpasti bahawa status reseptor estiogen ( ER+VE DAN PR+VE ) yang ada pada seseorang wanita itu dalam jumlah yang tertentu boleh membantu dalam rawatan ini .








KESAN RAWATAN BARAH PAYUDARA

SITI NAZLIANI BINTI MD NOR
NO MATRIK :206316


Pembedahan , terapi sinaran , kemoterapi dan terapi hormon mempunyai kesan samping .
Kesan sampingan pembedahan termasuk bengkak , sakit dan keras di tempat pembedahan . Pesakit juga mengalami kesukaran untuk menggerakkan lengan dan bahu mereka dalam masa beberapa hari selepas pembedahan . Kesan sampingan kemoterapi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan , jumlah dadah yang diambil dan jangkamasa rawatan . kesannya , pening kepala , muntah muntah , ganggguan kitaran haid dan sebagainya . Di dalam terapi sinaran , sinaran bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh sel sel kanser . Kesan sampingan sementara yang muncul termasuk payudara terasa bengkak dan berat . Perubahan pada kulit tempat radiasi ditujukan dan kelesuan . Di dalam terapi hormon , kesan sampingan berkaitan dengan pengurangan fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakan wanita . Pesakit akan mengalami pendarahan melalui faraj , peningkatan berat badan dan gangguan emosi .




KESAN DARIPADA BARAH PAYUDARA


BADAN BADAN PERTUBUHAN

NURUL HAJAR BINTI YUSOFF
NO MATRIK : 206378


PERSATUAN KRBAJIKAN KANSER PAYUDARA , persatuan ini daftarkan secara rasmi pada julai 1988 . Antara aktiviti yang dilakukan untuk memberi sokongan terhadap wanita yang menghidapi penyakit barah payudara ialah sokong psikososial secara individu , sokongan psikososial secara berkumpulan , program kesedaran dan bimbingan tentang kaser payudara dan memberi bantuan bukan perubatan .

HOSPIS MALAYSIA , ditubuhkan pada 1991 . Menerima pesakit kronik yang manjoriti penghidap barah termasuk barah payudara . Memberikan penjagaan paliatif dari rumah ke rumah dengan menghantar doktor atau jururawat terlatih bagi merawat pesakit serta memberi tunjuk ajar kepada ahli keluarga .Perkhidmatan lan telah memberikan penjagaan harian kepada pesakit yang mana meraka akan dibawa ke bangunan Hospis .

KOLEJ RADIOLOGI , AKADEMI RAWATAN MALAYSIA (PUSAT SUMBER KANSER PAYUDARA ) , ditubuhkan pada 27 november 1976 . Kolej Radiologi berkhidmat untuk semua jenis penyakit barah secara keseluruhannya . Kolej ini meyediakan kepakaran khusus bagi setiap penyakit barah dan untuk peyakit barah payudara diterajui oleh Prof Dr Humairah Samad-cheung . Antara aktiviti yang disediakan meyediakan pendidikan dan latihan bagi menghadapi penyakit barah payudara , mendidik orang ramai mengenai faedah dan risiko prosedur , memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan kerjasama dengan badan badan yang memberi perkhidmatan penjagaan .

KESIMPULAN

HAFIZAL FAHMI BIN MOHD LATIP
NO MATRIK : 206211


Kesimpulan , penyakit barah payudara adalah penyakit yang sangat berbahaya . Masyarakat samaada lelaki atau wanita seharusnya mempunyai kesedaran tentang penyakit barah payudara ini . Selain itu , peranan daripada pihak kerajaan , swasta dan badan NGO lain juga penting dalam mendidik masyarakat tentang kesan barah payudara melalui kempen kesedaran yang dianjurkan . Langkah pencegahan yang dilakukan pada peringkat awal dapat mengurangkan bilangan penghidap penyakit barah payudara ini .