BADAN BADAN PERTUBUHAN

NURUL HAJAR BINTI YUSOFF
NO MATRIK : 206378


PERSATUAN KRBAJIKAN KANSER PAYUDARA , persatuan ini daftarkan secara rasmi pada julai 1988 . Antara aktiviti yang dilakukan untuk memberi sokongan terhadap wanita yang menghidapi penyakit barah payudara ialah sokong psikososial secara individu , sokongan psikososial secara berkumpulan , program kesedaran dan bimbingan tentang kaser payudara dan memberi bantuan bukan perubatan .

HOSPIS MALAYSIA , ditubuhkan pada 1991 . Menerima pesakit kronik yang manjoriti penghidap barah termasuk barah payudara . Memberikan penjagaan paliatif dari rumah ke rumah dengan menghantar doktor atau jururawat terlatih bagi merawat pesakit serta memberi tunjuk ajar kepada ahli keluarga .Perkhidmatan lan telah memberikan penjagaan harian kepada pesakit yang mana meraka akan dibawa ke bangunan Hospis .

KOLEJ RADIOLOGI , AKADEMI RAWATAN MALAYSIA (PUSAT SUMBER KANSER PAYUDARA ) , ditubuhkan pada 27 november 1976 . Kolej Radiologi berkhidmat untuk semua jenis penyakit barah secara keseluruhannya . Kolej ini meyediakan kepakaran khusus bagi setiap penyakit barah dan untuk peyakit barah payudara diterajui oleh Prof Dr Humairah Samad-cheung . Antara aktiviti yang disediakan meyediakan pendidikan dan latihan bagi menghadapi penyakit barah payudara , mendidik orang ramai mengenai faedah dan risiko prosedur , memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan kerjasama dengan badan badan yang memberi perkhidmatan penjagaan .

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan slmt pagi semua..
    Vaya nak share mengenai air suling gaharu mujarab utk kanser. Ia ada dlm hadis. Untuk lebih detail hubungi atau wsap 0163798677

    ReplyDelete